Pretty Ugly
Pretty Ugly

Pretty Ugly

Pretty Ugly ialah sebuah kugiran psychedelic rock yang berasal dari Malaysia. Kugiran ini dianggotai oleh Neves (penyanyi), Net (pemain dram), J (pemain gitar) dan Ashraf (pemain gitar bass).Kugiran ini ditubuhkan pada tahun 1997 dengan nama Seven namun apabila mereka menandatangani kontrak dengan KRU Records, namanya ditukar kepada Pretty Ugly disebabkan pada ketika itu Sheila On 7 dari Indonesia sedang popular. Rasionalnya adalah untuk mengelakkan kugiran dituduh menumpang kemashyuran Sheila On 7.Terdahulu, kugiran ini adalah dua kugiran yang bergabung menjadi satu dan aktif memperjuangkan muzik underground.CD Bagasi HoneyAlbum debut Abstrak Versi Fantasi Pretty Ugly ini tidak mendapat sambutan hangat kerana trend peminat muzik tempatan pada ketika itu lebih terarah pada penyanyi solo dan duet disamping kemerosotan terhadap kumpulan muzik tempatan yang seakan kekeringan idea kreativiti tatkala memasuki alaf baru. Walaupun begitu lagu CD bagasi honey tetap ada pendengar tersendiri yang dahagakan bunyi baru di arena seni tempatan kerana aliran muzik psychedelic yang menjadi tunjang asas kumpulan ini mendapat sambutan baik di Amerika Syarikat melalui kumpulan Red Hot Chilli Peppers. Transformasi ke Stereoalbum kedua ini lebih mendapat sambutan dengan lagu lagu seperti : Francis Ford Coppola, lagu khusus tentang karya baru oleh pengarah tersohor Amerika ini yang seakan kekeringan idea dan pudar sentuhan emasnya. Unik pada masa itu kerana tiada lagi lagu sedemikian dihasilkan oleh artis tempatan. Encik Ronald Moore, lagu yang dihasilkan dari berita di keratan akhbar. Kisah bagaimana seorang lelaki mabuk dan menyuruh anaknya menembak mati beliau menggunakan pistol point 22 (.22) lagu ini tidak dibenarkan dimainkan di radio kerana unsur unsur membunuh diri sangat jelas. Nyanyian Neves amat unik dalam lagu ini. Lagu Bidadari nyanyian asal Tyco(kumpulan alam maya KRU) turut digubah semula versi pretty ugly. Rockaholic (2006)Experimental Play Pretty Ugly ini menemui peminat dikala industri muzik tempat lemas dilanda gelombang kumpulan muzik Indonesia yang mendominasi carta lagu di stesen radio tempatan. Meskipun itu lagu Diari Seorang Lelaki tetap berjaya mendapat siaran di radio tempatan dan menjadi lagu cinta yang simbolik untuk tahun itu (2006). Pretty Ugly juga berjaya memenangi anugerah di Anugerah Era 2006. Sekaligus menandakan kehadiran Pretty Ugly di kalangan penggemar muzik yang lebih besar. 2007 mula timbul bibit gelombang indie hasil dari kesedaran Neves yang mahukan sedikit ruang dan perhatian diberikan pada pemuzik tempatan yang bergerak secara indie tanpa dikawal oleh label besar syarikat rakaman. Radio-radio Malaysia mula memberi kepercayaan dan keyakinan kepada muzik tempatan hasilnya tahun 2008 dan 2009 industri muzik tempatan didominasi oleh kumpulan-kumpulan Indie seperti Hujan, Meet Uncle Hussein, Bittersweet, Bunkface. Entah dimana silapnya Pretty Ugly seakan timbul tenggelam sebelum tampil dengan material Itu Bukan Aku, Jika Diberikan Ku Satu Peluang bila mana dekad 2010an mula menjelma. Meskipun tidak mengulangi kejayaan diari seorang lelaki, lagu-lagu ini masih mendapat tempat dihati pengikut setia mereka yang sukakan karya pretty ugly yang santai,sempoi dan bersahaja.Dikala Pretty Ugly bertukar anggota, Neves atau Raizan Zainal Abidin masih setia menjadi wajah pretty ugly. 2013 mereka melancarkan single No.1 bersama Altimet untuk mempromosikan Malaysia.